Wednesday 8 September 2021

IBU BAPA GEMBIRA, ANAK CERIA

 Assalamualaikum and hi everyone 

Entry kali ni, masih lagi berkenaan dengan soalan yang teacher dapat daripada sesi Q&A yang teacher buka hari tu. So, ada yang tanya, macam mana nak naikkan semangat anak-anak untuk ikut PDPR? Anak-anak tidak minat untuk ikut PDPR. 

Sebelum teacher jawab soalan tu, teacher nak tanya dulu kepada semua ibu bapa, bagaimana keadaan ibu bapa semua? Adakah ibu bapa stress dengan PDPR anak? 

Jika jawapannya ya, itu juga boleh menjadi salah satu punca mengapa anak-anak tidak mahu atau tidak berminat untuk mengikuti PDPR. Emosi ibu bapa juga sebenarnya boleh mempengaruhi emosi anak-anak. 

Jadi di sini, teacher nak kongsikan sedikit tips yang mungkin boleh diaplikasi kepada semua ibu bapa. 




LUANGKAN MASA BERSAMA KANAK-KANAK

Seperti juga ibu bapa yang sudah tertekan dengan kesibukan kerja rumah dan pejabat, begitu jugalah kanak-kanak. Walaupun tidak boleh ke mana-mana, ibu bapa ambillah cuti dan lakukanlah aktiviti yang menyeronokkan bersama anak-anak. Terdapat banyak kit aktiviti bersama kanak-kanak yang dijual di pasaran. Ibu bapa boleh meluangkan masa berseronok bersama kanak-kanak dengan aktiviti yang menarik

WUJUDKAN RUTIN HARIAN KANAK-KANAK  

Ibu bapa juga boleh mewujudkan jadual rutin kanak-kanak agar rutin harian mereka tidak terganggu. Selain memberi manfaat kepada kanak-kanak, apabila ibu bapa mewujudkan rutin, ibu bapa juga boleh menguruskan masa dengan lebih baik. Contohnya, anak-anak akan tidur pada jam 1.00 – 3.00 petang. Maka, ibu bapa boleh merancang jadual kerja pada waktu yang terluang tersebut. 

KUMPULAN SOKONGAN   

Ibu bapa juga boleh cuba mencari kumpulan sokongan yang boleh menyokong emosi ibu bapa dan anak-anak. Sebagai contoh, ibu bapa boleh membina kumpulan sokongan bersama ibu bapa kepada rakan kelas anak-anak. Ibu bapa boleh mendapat sokongan dan bantuan daripada ibu bapa yang lain dan anak-anak juga boleh sentiasa berkomunikasi dengan rakan-rakan walaupun tidak dapat bersemuka.

BERSENAM DAN KEKAL POSITIF  

Luangkanlah masa bersama anak-anak untuk keluar bersenam sama ada pada waktu petang atau awal pagi. Lepaskan segala tekanan semasa bersenam. Selesai bersenam, anda akan rasa lebih tenang dan positif. 



Monday 6 September 2021

HELLO HI EVERYONE

Assalamualaikum and Hi everyone.. 

It's Teacher L here 

Baru-baru ini, teacher ada buka Q&A session di laman sosial teacher untuk kawan-kawan di media sosial teacher tanya apa-apa sahaja yang mereka ingin tahu mengenai pendidikan secara umum atau pendidikan awal kanak-kanak secara lebih mendalam. Surprisingly, teacher dapat la soalan teacher mengajar apa dan mengajar di mana 😅 Alamak.. ye tak ye juga ya.. untuk follower teacher yang follow daripada facebook atau you tube teacher, mungkin tak kenal lagi siapa teacher sebab kita tak pernah berjumpa kan.. hanya follow sahaja. Jadi, teacher rasa macam mungkin teacher perlu buat introduction of myself to all of you. 

So, here it is.. 


Nama diberi Arlina binti Anuar
Berasal dari Raub, Pahang tapi kini menetap di Kajang
Anak sulung daripada 4 orang adik beradik 
Sudah berkahwin 
Seorang pendidik bagi kanak-kanak berumur 0-4 tahun 
Kini bertugas di Pusat Pendidikan Awal Kanak-kanak (Integrasi) GENIUS, Putrajaya

Sejarah pendidikan
SK Ulu Gali, Raub Pahang
SM Sains Tengku Abdullah, Raub Pahang 
Kolej Matrikulasi Pahang
SMK Dong, Raub Pahang
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Awal Kanak-kanak dari Universiti Malaya

Boleh follow semua aktiviti teacher di 
Facebook : Ally Arlina
You tube : Teacher Arlina

 Kita bagi basic info dulu ya.. untuk kenal teacher dengan lebih lanjut, sudi-sudi lah follow teacher di sosial media teacher. Thank you semua.. Lot of Love!!💓💓💋