Assalamualaikum and hi everyone
Entry kali ni, masih lagi berkenaan dengan soalan yang teacher dapat daripada sesi Q&A yang teacher buka hari tu. So, ada yang tanya, macam mana nak naikkan semangat anak-anak untuk ikut PDPR? Anak-anak tidak minat untuk ikut PDPR.
Sebelum teacher jawab soalan tu, teacher nak tanya dulu kepada semua ibu bapa, bagaimana keadaan ibu bapa semua? Adakah ibu bapa stress dengan PDPR anak?
Jika jawapannya ya, itu juga boleh menjadi salah satu punca mengapa anak-anak tidak mahu atau tidak berminat untuk mengikuti PDPR. Emosi ibu bapa juga sebenarnya boleh mempengaruhi emosi anak-anak.
Jadi di sini, teacher nak kongsikan sedikit tips yang mungkin boleh diaplikasi kepada semua ibu bapa.
LUANGKAN MASA BERSAMA KANAK-KANAK
Seperti
juga ibu bapa yang sudah tertekan dengan kesibukan kerja rumah dan pejabat,
begitu jugalah kanak-kanak. Walaupun tidak boleh ke mana-mana, ibu bapa
ambillah cuti dan lakukanlah aktiviti yang menyeronokkan bersama anak-anak.
Terdapat banyak kit aktiviti bersama kanak-kanak yang dijual di pasaran. Ibu
bapa boleh meluangkan masa berseronok bersama kanak-kanak dengan aktiviti yang
menarik
WUJUDKAN RUTIN HARIAN KANAK-KANAK
Ibu bapa juga boleh mewujudkan jadual rutin kanak-kanak agar rutin harian mereka tidak terganggu. Selain memberi manfaat kepada kanak-kanak, apabila ibu bapa mewujudkan rutin, ibu bapa juga boleh menguruskan masa dengan lebih baik. Contohnya, anak-anak akan tidur pada jam 1.00 – 3.00 petang. Maka, ibu bapa boleh merancang jadual kerja pada waktu yang terluang tersebut.
KUMPULAN SOKONGAN
Ibu
bapa juga boleh cuba mencari kumpulan sokongan yang boleh menyokong emosi ibu
bapa dan anak-anak. Sebagai contoh, ibu bapa boleh membina kumpulan sokongan
bersama ibu bapa kepada rakan kelas anak-anak. Ibu bapa boleh mendapat sokongan
dan bantuan daripada ibu bapa yang lain dan anak-anak juga boleh sentiasa
berkomunikasi dengan rakan-rakan walaupun tidak dapat bersemuka.
BERSENAM DAN KEKAL POSITIF
Luangkanlah
masa bersama anak-anak untuk keluar bersenam sama ada pada waktu petang atau
awal pagi. Lepaskan segala tekanan semasa bersenam. Selesai bersenam, anda akan
rasa lebih tenang dan positif.
1 comment:
Worth reading Teacher L
Post a Comment